Silang Bina Sdn. Bhd.

Silang Bina Sdn Bhd (246513-A) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 11hb Ogos 1992  dan syarikat ini adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan sebuah syarikat sendirian yang menawarkan kerja-kerja kontraktor pembinaan.


Pada awal penubuhan, syarikat hanya tertumpu pada kerja-kerja subkontraktor dari kontraktor utama. Namun syarikat telah meningkatkan taraf kerja dengan menjalankan kerja-kerja sebagai kontraktor utama yang dinama dengan pelanggan-pelanggan yang berskala besar dan sehingga kini syarikat masih terus berusaha meningkatkan lagi taraf syarikat.

Silang Bina Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat 100% adalah pemilikan bumiputera yang mana salah seorang pengarah adalah wanita. Syarikat yang diterajui oleh Wan Ahmad Wizan Bin Wan Hashim (Pengarah Urusan) dan Irnee Bt Ibrahim (Pengarah) mempunyai modal berbayar dan modal dibenar sebanyak RM 1 Juta.

Dengan bilangan pekerja hampir 20 orang sahaja yang berkelulusan diiktiraf, syarikat mampu membawa layar syarikat kedalam kepesatan pembangunan yang semakin ketara pada abad ni. Kedudukan syarikat telah mula dikenali dikalangan pesaing-pesaing dan masyarakat sekeliling.


Merujuk kepada lesen-lesen berdaftar syarikat yang diperakui oleh badan-badan berkaitan, syarikat boleh menyertai mana-mana tender atau kerja-kerja berkaitan gred G3 untuk kerja-kerja Mekanikal Dan Elektrikal dan Gred G5 untuk kerja-kerja Pembinaan Bangunan, Pembinaan Kejuruteraan Awam serta Mekanikal dan Elektrikal. Syarikat juga diiktiraf sebagai kontraktor kerja bertaraf Bumiputera yang mana berdaftar dengan Pusat Khidmat kontraktor

 

Vision & Mission

VISI

Syarikat mestilah komited dalam menjayakan pembinaan yang berkualiti dengan memenuhi kehendak ISO 9001:2008 dan kepuasan pelanggan berasaskan kerja-kerja yang professional serta sentiasa memastikan penambahbaikan ke atas system pengurusan kualiti. Penambahbaikan perlu dijalankan dari masa ke masa bagi menyediakan dan menyemak semula objektif kualiti.

MISI

1. Memastikan pembekal mencapai sasaran 70% prestasi yang diingini syarikat
2. Memastikan setia anggota organisasi menghadiri latihan intensif sekurang-kurangnya sekali setahun.

Download

Company Profile (Full)
Company Profile ( Shortly)
   

Certificate